PERINGKAT SATU
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu
pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud
firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak
mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar
dan melihat "
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang
sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan
sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang
bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah
sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air
mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan ,
tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah
perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
A-
Sperma B-Sperma menembusi ovum
PERINGKAT KEDUA
ALAQAH
: Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh
. Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di
dinding rahim (qarar makin).
Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman
Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami
mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini
mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda
yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa
maksud :
- sesuatu yang
bergantung atau melekat
- pacat atau
lintah
- suatu buku atau
ketulan darah
Peringkat
alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam
rahim.
PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH
: Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah
disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan
surah al-Mukminun ayat 14
Firman
Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan
darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan
anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah
terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran
darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan
seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu
sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPAT
IZAM
DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima,
keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului
pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan
membungkus rangka tersebut.
Firman
Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan
pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan
daging"
al-Mukminun : 14
Kemudian
pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini
perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.
Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke
hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan
lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata,
telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna
dan lengkap.
Janin pada usia 12
minggu
PERINGKAT KELIMA
NASY'AH
KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang
minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini
bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga,
semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula
tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan
baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota
yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya
hanya pada ukuran bayi sahaja.
Janin mendapat makanan melalui uri
PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH
: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat
mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas
terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan
mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun
mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti
roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian
insan disisi Allah s.w.t
Tidak ada komentar:
Posting Komentar